Jumper dan Axis Esports difitnah oleh pemain profesional Filipina, Demigod

Di dalam satu video tular oleh pengguna tiktok yang bernama @kumagiz, dia memuat naik satu video di mana pemain profesional PUBG Mobile dari Filipina iaitu Demigod mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan kepada AXIS Esports dan Jumper.

@kumagiz Drama baru guys🤣 kurang ajar cakap Axis low class , tuduh Jumper StreamSnipe pulak🤭 #fypã‚· #foryourpage #xyzbca #axisredone #dinjumper ♬ original sound – yaa harun aya

“Cara permainan kelas bawahan pasukan Axis ini. Jangan masuk ke dalam scrim  ini dan menonton permainan ini. Anda tidak layak berada di dalam ini. Anda hanya memalukan nama negara anda sendiri.

“Jumper juara dua kali namun dia bergantung kepada stream snipe,”

Kenyataan fitnah yang dikeluarkan oleh Demigod mengundang kemarahan netizen dan OnTheGo sendiri. 

Isu ini juga menyebabkan ramai netizen dari Malaysia menyerang halaman Demigod Esports yang disangkakan individu yang menghina Jumper dan Axis Esports.

Pasukan Demigod Esports mengeluarkan kenyataan itu dan menegaskan bahawa individu yang bersalah itu adalah berasal dari pasukan KHI Esports dan memohon supaya menghentikan provokasi terhadap pasukan mereka.

“Dia adalah Demigod yang berasal dari pasukan KHI. Kebetulan pemain itu menggunakan nama yang sama dengan pasukan kami.”

Apakah tindakan susulan yang akan dilakukan terhadap Demigod selepas ini oleh pasukan KHI? Kita sama-sama nantikan.

Seperti yang dilihat di warga J, pihak PUBG Mobile Esports sendiri ada menyatakan kenyataan akan dikeluarkan oleh pasukan pemain itu namun sehingga kini belum ada perkembangan.

RELATED NEWS

+