PUBG Mobile: Smallboy kini berpisah dengan pasukan RSG MY

Selepas jurulatih PUBG Mobile iaitu Chillrex berpisah dengna pasukan RSG MY tempoh hari. Kini, giliran smallboy pula melakukan perkara yang sama. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by RSG Malaysia (@rsg.malaysia)

“Sejak penubuhan pasukan PUBG Mobile RSG, dia bersama dengan kami melalui pelbagai cabaran dan berjaya meraikan kejuaraan. Kami tahu legasi Smallboy tidak berakhir di sini, bahkan baru bermula!,” tulis RSG di dalam hantaran itu.

Smallboy menjadi salah seorang pemain yang bersama dengan pasukan RSG MY sejak awal ia ditubuhkan di Malaysia. Dia bersama Ironpro, Y2K dan Vokey ketika itu.

Juara PMPL MY/SG musim ketiga ini gagal untuk mendapatkan momentum kembali di musim-musim yang seterusnya bersama pasukan RSG MY. Selamat maju jaya diucapkan kepada Smallboy untuk destinasi dia selepas ini.

RELATED NEWS

+