5 Permainan Video anda patut main di PC Game Pass – hanya RM15 sebulan

Xbox Game Pass kini menjadi antara langganan permainan video paling berbaloi setakat ini.

Setiap bulan Microsoft akan menyajikan anda dengan banyak permainan video baharu dan lama untuk dimainkan.

Ini 5 Permainan Video anda patut main di PC Game Pass:

1. Persona 3: Reload

Persona 3 antara JRPG yang sentiasa disayangi ramai sebagai antara JRPG paling seronok.

Kali ini dengan remake, Persona 3 Reload membawa pemain kembali beraksi dalam dunia Persona 3 untuk merungkai misteri dunegon yang digelar Tartarus ketika berlangsungnya Dark Hour.

Penuh pembaharuan untuk pemain, lebih moden, antara muka pengguna lebih cantik dengan gaya Persona.

2. Palworld

Permainan video yang ‘meletup’ dan menjadi popular kerana menjumpai formula baharu permainan video menangkap raksasa.

Palworld adalah permainan video survival di mana anda boleh membina kubu anda dan juga menangkap raksasa yang digelar Pal.

3. Lies of P

Lies of P adalah Soulslike yang diinspirasikan dari Pinocchio dimana pemain akan masuk ke dunia gelap Pinocchio seakan-akan berada di dalam dunia Bloodborne.

Bermula di bandar Krat, Lies of P juga memperkenalkan bos-bos yang sangat sukar dan menakutkan untuk dikalahkan.

Tidak lupa juga sistem berlawan yang memberi ganjaran untuk anda yang bermain dengan pantas dan agresif.

4. Remnant 2

PC Game Pass mempunyai kedua-dua Remnant dan Remnant 2.

Remnant adalah permainan video third-person shooter tetapi dengan elemen projek Dark Souls.

Untuk yang mahu bermula, anda boleh bermain Remnant: From the Ashes dahulu sebelum mencuba Remnant 2 yang boleh dikatakan lebih baik.

Remnant 2 menghantar pemain ke satu pengembaraan di beberapa dunia yang menjadi mangsa Rot.

Dengan aksi pantas, pemain akan sentiasa mendapat pengalaman baharu setiap kali bermain Remnant 2.

5. Hi-Fi Rush

Dari pencipta The Evil Within, Hi-Fi Rush jauh berbeza berbanding dari apa yang sebelum ini.

Hi-Fi Rush adalah permainan video penuh aksi, dunia berwarna-warni dan musik yang sentiasa menaikkan semangat anda.

Menceritakan Chai yang menghadapi banyak nasib malang sehingga satu pemain musik dimasukkan ke dalam dadanya.

Sejak itu setiap aksi yang dibuatnya sangat dipengaruhi oleh musik yang berada di badannya.

Hi-Fi Rush jua mempunyai elemen cyberpunk dengan rekaan karakter-karakter yang cantik.

Banyak lagi permainan video yang ada di PC Game Pass. Permainan video mana lagi yang anda tengah main di PC Game Pass? Anda boleh melanggan PC Game Pass dengan hanya RM15 sebulan!

RELATED NEWS

+