Beberapa tahun ini permainan video kompetitif yang popular terdiri daripada VALORANT sehingga ke Overwatch.
Tetapi permainan video kompetitif seperti ini tidak pernah lari dari pengguna yang tidak mahu berusaha terutamanya penggodam.
Ada beberapa pemain bertindak untuk terus berhenti bermain permainan kompetitif disebabkan penggodam yang terlalu ramai.
Penipuan yang dilakukan selalunya adalah aimbot, wall hack, invisibility malah ada juga yang menggunakan serangan DDoS.
Seorang streamer Twitch dengan nama NICKMERCS yang juga antara bintang Twitch besar mengeluarkan kenyataan ini.
If you cheat & hack in video games, you should 100% be sent to jail.
I know the majority of y’all are busy touching grass & shit, that’s lit, super happy for ya. But your boy just spent 20 hours getting hacked on in online video games & I’ve had enough.
— FaZe Nickmercs (@NICKMERCS) April 5, 2023
“Jika anda menipu di dalam permainan video, anda sepatutnya dimasukkan ke dalam penjara,”
Tetapi realiti lebih sukar daripada yang disangka.
Peperangan di antara pencipta permainan video dan penipu tidak akan habis dan sentiasa akan wujud.
Malah beberapa perisian godam juga semakin lama semakin sukar untuk dikesan.