Penggodam GTA 6 berusia 18 tahun dijatuhkan hukuman ‘penjara’ seumur hidup di hospital

Arion Kurtaj, penggodam berusia 18 tahun yang bertanggungjawab untuk menggodam dan menyebarkan 90 klip Grand Theft Auto (GTA) 6 tahun lepas kini dikenakan hukuman ‘penjara’ seumur hidup di hospital yang dijaga rapi.

Dia hanya akan dikeluarkan apabila doktor merasakan dia tidak membawa apa-apa bahaya kepada orang lain.

Arion Kurtaj ditangkap polis London di Oxford pada September 2022.

Bukan Rockstar Games sahaja yang digodamnya, tetapi Uber dan Nvidia juga antara yang digodam oleh Arion.

Lebih mengejutkan Arion hanya menggunakan telefon bimbit, alat kawalan Amazon Firestick dan televisyen hotel ketika dalam jagaan polis.

Semasa menggodam, dia memberitahu pekerja Rockstar Games dia adalah penggodam di Slack mereka.

Laporan BBC mengatakan Kurtaj didiagnos dengan autisme.

Dia juga masih penuh keinginan untuk meneruskan membuat jenayah siber.

Sumber rujukan: The Guardian

RELATED NEWS

+