Sukan Komanwel 2022 sah ada e-sukan

E-sukan kini dimasukkan untuk acara pilot di acara Sukan Komanwel 2022 dan diiktiraf Persekutuan Sukan Komanwel.

Namun, jenama, pingat dan organisasi bagi kategori ini akan berasingan dari acara utama (sukan).

E-sukan Sukan Komanwel ini akan dijaga oleh Persekutuan E-sukan Sedunia (Global Esports Federation).

Permainan pertama akan di adakan di Birmingham, United Kingdom dan mereka berharap sukan ini akan menjadi acara utama.

“Saya dengan sukacita memaklumkan Commonwealth Esports Championship pertama di Birmingham musim panas ini,” ujar Dame Louise Martin, Presiden Persekutuan Sukan Komanwel.

Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman mengenai e-sukan apa yang bakal ada tetapi boleh dikatakan Dota 2, CS:GO, dan League of Legends ada kemungkinan besar dipertandingkan. 

Sudah pasti e-sukan di komanwel akan mendapat desas-desus negatif dari sesetengah pihak tetapi, melihat e-sukan diiktiraf di persada dunia adalah satu cara untuk menjadikan e-sukan sebagai salah satu acara utama.

Sumber rujukan: BBC UK

RELATED NEWS

+