Sunfrost, Artha dan Laphel mendahului undian Anugerah ‘Best Talent’ MPL MY S10

Anugerah untuk pengulas dan hos pentas MPL MY S10 sudah pun dibuka undiannya dan nampaknya Sunfrost, Artha dan Laphel mendahului jumlah undian yang diterima.

 

Setakat artikel ini ditulis, Sunfrost menerima sebanyak 1,284 undian yang mana poetic (puitis) adalah atribut tertinggi. Sementara itu, Artha pula hanya 30 undi di belakang dengan 1,254 undian yang mana ‘pemikiran kreatif’ adalah atribut terbaik.

Laphel pula menerima 975 undian dan setiap atribut adalah hampir maksimum. Selain mengulas, dia juga seorang penganalisis.

Pengulas lain juga mempunyai beberapa undian yang agak tinggi antaranya Adeen dengan lebih 300 undian. Jika anda berminat untuk mengundi, hanya perlu ke laman web ini dan klik pada butang undi dan pilih akaun media sosial bagi melakukan undian.

Pengulas memainkan peranan penting dalam e-sukan antaranya menyemarakkan lagi suasana di lokasi dipenuhi penonton dan memberi kefahaman kepada penonton tentang perlawanan diulas serta sejarah pasukan yang mengambil bahagian.

RELATED NEWS

+