Super Mario Odyssey Adalah Game 2017 Paling Laris Di Amazon

Selepas berakhirnya laporan jualan untuk tahun 2017 di Amazon, ternyata Super Mario Odyssey meraih kedudukan teratas carta jualan game terlaris di online retailer itu. Nintendo juga mencatatkan jualan tertinggi yang mana Mario Kart 8 Deluxe dan The Legend of Zelda: Breath of the Wild untuk Switch mendapat kedudukan kedua dan ketiga.

Jom tengok senarai 10 game paling laris 2018 di Amazon termasuk tujuh game daripada Nintendo.

  1. Super Mario Odyssey
  2. Mario Kart 8 Deluxe
  3. The Legend of Zelda: Breath of the Wild (Switch)
  4. Horizon Zero Dawn
  5. Call of Duty: WWII (PS4)
  6. Call of Duty: WWII (Xbox One)
  7. Splatoon 2
  8. Pokémon Ultra Sun
  9. Pokémon Ultra Moon
  10. The Legend of Zelda: Breath of the Wild (Wii U)

Dari segi hardware pula, Nintendo Switch adalah yang paling laris melepasi jualan konsol lain. Konsol Switch dengan Joy-Cons kelabu dijual lebih banyak berbanding neon. Korang boleh lihat senarai penuh di SINI.

RELATED NEWS

+