38 pengguna aktif untuk Metaverse bernilai RM5.64 bilion – Sunyi menyepi

Metaverse yang bernilai lebih dari RM5.64 bilion kini sunyi menyepi begitu sahaja.

Decentraland yang menjadi sandbox untuk metaverse membolehkan orang untuk membeli dan berjual harta benda virtual.

Sangat mengejutkan metaverse hanya mempunyai 38 pengguna aktif sahaja dalam 24 jam.

Ini bukan sesuatu yang mahu didengari oleh syarikat Meta tetapi inilah hakikatnya.

“DappRadar tidak mengesan pengguna, hanya orang yang dalam kontrak,” ujar Pengarah Kreatif Sam Hamilton ketika temubual bersama CoinDesk.

Decentraland sebenarnya mempunyai 8,000 pengguna di dalam sandbox virtual itu.

Masih boleh dikatakan sangat kecil dengan skala projek yang mahu dibuat oleh Meta.

Malah Naib Presiden Meta sendiri Vishal Shah mengatakan:

“Kenapa? Kenapa kami tidak sayang dengan produk yang dibuat oleh kami dan menggunakannya selalu? Sebenarnya, kami tidak suka dan sayang produk itu. Jadi kenapa kami mahu orang lain untuk juga suka dengan produk ini?”

Rujukan: CoinDesk

RELATED NEWS

+