“Seronok juga kalau Soloz main balik,” – Moon

Menerusi sebuah hantaran video TikTok gagak_ml, Zikry Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Moon, menyatakan di penstriman langsungnya bahawa seronok juga sekiranya Soloz kembali semula ke arena kompetitif Mobile Legends.

@gagak_ml #soloz #solozfans #mplmys10 #mobilelegends #pageforyou ♬ original sound – auut

“Seronok juga kalau Soloz main balik tetapi harapan anda semua jangan tinggi sangat, kalah atau menang, anda semua harus memberikan semangat padanya.

“Anda semua tak perlu nak toxic, sebab zaman kegemilangan Soloz bukanlah pada waktu ini, zaman dia dah lepas dah,” katanya.

Moon juga menyatakan sekiranya Soloz kembali ke arena kompetitif Mobile Legends adalah kerana dia ingin merasai semula keseronokan bermain sebagai pemain profesional.

Dia juga menambah sekiranya ramai pemain lama yang ingin kembali sebagai pemain profesional, kita semua harus memberi sokongan.

Tiga hari lepas, pasukan HomeBois ada memberi bayangan pemain baru mereka, dan bayangan pemain itu kelihatan seperti Maharaja Soloz.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by HomeBois (@homebois__)

Tetapi masih belum dapat dipastikan lagi, sama ada itu adalah Soloz ataupun bukan. Para netizen juga masih berteka-teki sehingga hari ini bahawa siapakah pemain flex terbaru untuk pasukan itu.

Sekiranya benar Maharaja Soloz kembali bermain sebagai pemain profesional untuk pasukan HomeBois, pastinya ia akan memeriahkan lagi MPL MY musim hadapan.

Apa pendapat anda?

Foto: Instagram Moon

RELATED NEWS

+