Berakhirnya Twitch Rivals VALORANT Series 2 baru-baru ini, streamer Imane ‘Pokimane’ Anys menyatakan rasa tidak puas hatinya. "> Berakhirnya Twitch Rivals VALORANT Series 2 baru-baru ini, streamer Imane ‘Pokimane’ Anys menyatakan rasa tidak puas hatinya. " /> Berakhirnya Twitch Rivals VALORANT Series 2 baru-baru ini, streamer Imane ‘Pokimane’ Anys menyatakan rasa tidak puas hatinya. " />

“Tak Seimbang…” – kata Pokimane mengenai pasukan Twitch Rivals VALORANT Series 2

Berakhirnya Twitch Rivals VALORANT Series 2 baru-baru ini, streamer Imane ‘Pokimane’ Anys menyatakan rasa tidak puas hatinya.

Menghampiri penghujung kejohanan, streamer Twitch itu mengatakan bahawa pasukan-pasukan yang bertanding tidak seimbang.

Keseluruhannya, kejohanan itu melibatkan lapan pasukan dan lima ahli setiap pasukan.

Pokimane yang bermain untuk pasukan Team Sydeon bersama Myth, Blaustoise dan kentwood. Menurut Pokimane, setiap pasukan sepatutnya mempunyai dua pemain ‘Immortal’ yang berada di peringkat tertinggi VALORANT. Walaubagaimanapun, beberapa pasukan mempunyai tiga hingga empat pemain peringkat tertinggi yang menjadikan acara kelihatan berat sebelah. 

“Saya tidak faham, bagaimana hal ini terlepas daripada pihak Twitch Rival dan pihak Riot Games,” kata Pokimane. “Ia merasakan pasukan sangat tidak seimbang yang boleh menyebabkan pengalaman streamer yang tidak baik dan dan pengalaman tontonan yang tidak baik. Ia membuatkan saya sedih, kerana ini digelar kejohanan yang menyeronokkan dan kasual.”

Pokimane menyatakan pasukannya sebagai ‘cukup seimbang’ sementara menggelar pasukan Team Bnans, Team itsHafu dan Team Ploo sebagai ‘tersusun’.

Di penghujung kejohanan tersebut, Bnans dan Ploo masing-masing ditempatkan di tempat pertama dan ketiga, manakala itsHafu mendapat tempat ketujuh, betul-betul dibelakang pasukan Team Sydeon.

Agak sukar untuk menyatakan bahawa pemain Immortal cukup memainkan peranan dalam keputusan tersebut. Oleh itu, mudah untuk memahami kenapa Pokimane tidak senang dengan bagaimana kejohanan ini berlangsung.

Sydeon ada menulis di Twitternya setelah selesai kejohanan dengan menyatakan dia “super underperformed” dalam kejohanan itu..

Jika ketua pasukan sendiri mempunyai rasa yang sama, dia tidak mempamerkan perasaan itu, sebaliknya memberikan permainan yang baik dengan semua pesaingnya.

Pokimane kemudiannya membalas dengan mengucapkan terima kasih kepada Sydeon kerana menjemputnya untuk turut serta.

Dengan harapan, ini tidak akan mengambil masa yang lama untuk streamer ini berpeluang untuk bersaing antara satu sama lain lagi, dan mengharap kali ini dengan saingan yang seimbang. 

Artikel ini diterjemah dari Comicbook. Artikel asal boleh dibaca di SINI.

RELATED NEWS

+