Tanpa Wise dan V33, Blacklist hilang arah tuju

Selepas mengumumkan Wise dan OhMyV33nus berehat tempoh hari. Pasukan Blacklist International membawa masuk Kevier dan Eson ke dalam barisan pemain mereka.

Akan tetapi, Blacklist International gagal mengekalkan prestasi mereka seperti di M3 tanpa V33 dan Wise.

Ini menyebabkan mereka menjadi pasukan tercorot di dalam MPL PH musim ke-9 minggu pertama.

Menurut jurulatih pasukan Blacklist International iaitu BON CHAN, “Di MPL PH musim ke-7 dan ke-8, orang tua mereka ada di sana, V33 dan Wise merawat anak-anak mereka dengan baik kerana mereka mengikuti orang tuanya. Namun di musim ke-9, ianya berbeza kerana mereka ditinggalkan oleh orang tua mereka., ujarnya.

“Kerana mereka tidak boleh hidup dengan sendiri, maka ESON ada untuk memberikan mereka tunjuk ajar. Akan tetapi, ESON terlalu memanjakan mereka dan akan menyebabkan pasukan ini memakan diri mereka sendiri,” tambahnya.

Mampukah pasukan Blacklist International bangkit semula di minggu ini? Kita bakal saksikan.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+