Tarian seksi di Tiktok? Ini jawapan CEO OPI Esports

OPI Esports sebelum ini menjadi buah mulut orang ramai apabila pendekatan mereka di dalam e-sukan Indonesia dikatakan keterlaluan. Mereka menerapkan tarian yang seksi menggunakan gadis yang dibawa masuk sebagai duta.

Kerap melakukan video Tiktok yang mengasyikkan, netizen Indonesia tidak bersetuju dan menganggap e-sukan akan tercemar nama baiknya oleh kerana isu seperti ini. Pengulas, Bro_pasta turut meluahkan kebimbangan beliau dalam isu ini.

Selepas tular tentang isu ini hangat diperkatakan di media sosial, CEO OPI Esports meluahkan pendapat beliau tentang perkara ini. Menurut beliau, industri e-sukan itu sedang ‘meletup’ dan dana yang sedang dimasukkan ke dalam industri itu sangat banyak.

“Apakah pencipta kandungan yang lain (tarian) tidak dapat memperolehi manfaat di dalam e-sukan yang sedang ‘meletup’ sekarang ini? Menurut saya, ada baiknya jika kategori ini dapat digabungkan bersama e-sukan supaya maanfaat yang akan didapatkan akan lebih mendalam,” ujarnya.

Adakah anda bersetuju dengan kenyataan beliau ini? Ramai di antara netizen Indonesia tidak bersetuju dan menganggap bahawa e-sukan harus mementingkan prestasi pasukan dan membina nama baik di dalam industri itu.

Selain itu, mereka juga turut mengatakan bahawa ramai ibu bapa yang melihat tarian itu sebagai sesuatu yang buruk untuk bidang yang akan diceburi oleh anak-anak mereka.

RELATED NEWS

+