Tarikh Pelancaran Heavy Rain, Beyond: Two Souls & Detroit: Become Human Rasmi Diumumkan Untuk PC

Seleksi game eksklusif PlayStation dibangunkan oleh Quantic Dream iaitu Heavy Rain, Beyond: Two Souls dan Detroit: Become Human bakal dikeluarkan untuk versi PC buat julung kali pertama.

Perkara ini direalisasikan apabila Quantic Dream tidak lagi bersama Sony selepas menerima pelaburan besar daripada Netease dan melancarkan game mereka ke PC khas di Epic Games Store.

Heavy Rain mengisahkan seorang bapa bernama Ethan Mars harus berhadapan dengan ujian The Origami Killer yang menculik anaknya dan harus menyelamatkan anak sebelum lemas dalam air hujan. Heavy Rain bakal dilancarkan terlebih dahulu pada 24 Jun 2019 dan korang boleh cuba dulu demo yang akan berada di Epic Games Store pada 24 Mei ini. 

Kemudian, Beyond: Two Souls akan mengeluarkan demo pada 27 Jun dan bakal dilancarkan pada 27 Julai 2019. Beyond: Two Souls mengikuti kisah Jodie Holmes dilakonkan oleh Ellen Page dilahirkan dengan kuasa mistik dipanggil sebagai Aiden yang mana membolehkan dia melalukan kuasa telepatik dan berkhidmat untuk organisasi rahsia.

Detroit: Become Human dilancarkan khas untuk PS4 tahun lepas menceritakan tentang jalan hidup tiga android dengan latar belakang berbeza iaitu Markus (android menjaga pelukis terkenal), Connor (android khas untuk membantu penyiasatan polis) dan Kara (android suri rumah tangga) dalam dunia yang membenarkan manusia dan android hidup bersama.

Dari kiri: Detroit: Become Human, Heavy Rain dan Beyond: Two Souls

Game ini masih belum mendapat tarikh rasmi untuk kedua-dua demo dan game penuh. Demo akan dikeluarkan dalam sekitar musim panas manakala game penuh akan hadir ketika musim luruh.

Korang boleh buat pra-tempah di Epic Games Store untuk ketiga-tiga game sekarang dan Detroit: Become Human dapat diskaun 50% sempena Epic Mega Sale. Namun, harga-harga di Epic Games Store masih belum ditukarkan ke Ringgit Malaysia seperti gedung Steam. 

RELATED NEWS

+