Sebuah lagi pasukan daripada Liga League of Legends Eropah, Team BDS, sudah bersedia untuk menghadapi musim 2022 dengan memperkenalkan barisan roster utama mereka.
Brand new identity, brand new roster. We are here to #ChallengeTheGame pic.twitter.com/5VV6UmbvGK
— Team BDS (@TeamBDS) December 20, 2021
Bagi barisan musim baharu, Team BDS membawa masuk bekas pemain Fnatic, Adam yang akan bermain di posisi top laner, selain dua pemain FC Schalke 04 iaitu Nuclearint dan LIMIT.
Team BDS juga membawa masuk dua pemain daripada Liga Perancis (LFL) iaitu xMatty dan Cinkrof bagi melengkapkan komposisi pasukan.
Berikut ialah barisan utama Team BDS bagi menghadapi LEC musim 2022:
- Adam “Adam” Maanane – Top Laner
- Jakub “Cinkrof” Rokicki – Jungler
- Ilias “NUCLEARINT” Bizriken – Mid Laner
- Matthew “xMatty” Coombs – Bot Laner
- Dino “LIMIT” Tot – Support
- Fabian “GrabbZ” Lohmann – Ketua Jurulatih
- Christopher “Duffman” Duff – Pembantu Jurulatih
Kejohanan LEC 2022 dijadualkan akan bermula pada pertengahan Januari ini dengan LEC Spring Split.
Sumber: Dot Esports