Team Haq akan umum goldlaner yang guna nama ‘Cola’

Ramai yang tertanya-tanya siapakah kelibat pemain yang menggunakan nama Cola dalam kelayakan MPL MY S10 antara Team Haq dan Pasukan Rahasia hari ini.

Pemain goldlaner itu pun tidak dikenalpasti oleh pengulas-pengulas disebabkan identitinya yang dirahsiakan sehingga kini.

Jurulatih Team Haq, Khairul Azman Mohd Sharif (Pabz) mengatakan dalam satu siaran langsung Instagram hari ini, yang mana mereka akan mengumumkan pemain kelima itu kemudian.

Dalam pusingan kelayakan tadi, Cola memainkan Wan Wan dan juga Irithel. Kemahirannya menggunakan dua hero itu wajar dipuji.

Sebelum ini, ketika bersama Orange Esports, Valenz yang menjadi marksman. Namun, kontrak tamat dan Valenz kembali ke Orange.

Siapakah pemain kelima Team Haq ini? Kita bakal ketahui tak lama lagi.

Team Haq adalah pasukan pertama yang layak ke MPL MY S10 di mana mereka akan bermain dalam musim liga.

RELATED NEWS

+