Team Haq memecahkan rekod tanpa kalah Orange Esports

Pasukan Orange Esports sangat kuat di musim liga, mereka masih memegang rekod tanpa kalah setakat minggu keenam.

Mereka akan bertemu dengan Team Haq pada perlawanan terakhir hari ini. Di perlawanan pertama, Orange Esports mengalami kesukaran untuk menhadapi Team Haq.

Valenz diganggu oleh Lylia dan juga Lolita dari mendapatkan farm yang cukup. Sementara itu, Stormie sukar untuk mendapatkan objektif dengan gangguan yang diberikan oleh Team Haq.

Team Haq yang berjaya mengawal peta dan objektif mendapatkan kelebihan untuk mereka menamatkan permainan. Pasukan Orange Esports gagal untuk mempertahankan base mereka pada minit ke-17.

Perlawanan kedua diteruskan dan pasukan Orange Esports sekali lagi gagal mendapatkan momentum mereka seperti minggu-minggu sebelumnya.

Team Haq melakukan rotasi dengan sangat pantas dan penggunaan Way of The Dragon yang baik oleh Minnn memberikan kelebihan kepada Team Haq.

Selain itu, Garyy yang menggunakan Dyrroth bermain dengan sangat cemerlang dan mengutip 9 kill setakat minit ke-12.

Walau bagaimanapun, pasukan Orange Esports dan terus bertahan untuk menunggu Team Haq melakukan kesilapan. 

Garyy yang cuba menangkap Valenz menyebabkan pasukan Orange Esports mula mendapatkan momentum mereka.

Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh Team Haq dan kehilangan Luminous Lord menyebabkan mereka tewas di perlawanan kedua.

Perlawanan ketiga menyaksikan Team Haq bermain dengan lebih berjaga-jaga dan tidak memaksa pertarungan ke atas Orange Esports.

Mereka cuma fokuskan objektif dan oleh itu mereka berjaya mendapatkan kemenangan pada minit ke-17.

Rekod tanpa kalah Orange Esports sebanyak 9 kali kini berjaya dipecahkan oleh Team Haq.

Foto: MOONTON Games

 

 

RELATED NEWS

+