Team Lemah keluarkan kenyataan berkaitan isu isyarat tangan

Team Lemah adalah salah satu nama yang anda pernah lihat ketika pusingan kelayakan MPL MY musim ke-9. Mereka tewas ketika menentang pasukan Mikey. Walaupun diberi peluang kedua untuk bertanding, mereka gagal mendapatkan kelayakan selepas tewas di tangan pasukan MAB Esports.

Walau bagaimanapun, mereka terus bergerak sebagai satu pasukan di dalam arena kompetitif Mobile Legends. Kini, Team Lemah mengumumkan mereka dikenakan penalti di atas kecuaian pemain mereka iaitu Mint yang melakukan isyarat tangan yang keterlaluan kepada pihak lawan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team Lemah (@team.lemahh)

“Ketika perlawanan Team Lemah menentang Anbu X Gaming. Salah seorang pemain kami iaitu Mint membuat isyarat tangan yang keterlaluan semasa siaran langsung MSPC,” tulisnya.

“Dukacita kami ingin maklumkan point kami sudah ditolak sebanyak lima mata dan Mint akan dikenakan ban selama tiga perlawanan disebabkan perbuatannya itu,” tambah mereka.

RELATED NEWS

+