Pasukan Team Secret adalah antara organisasi e-sukan yang cukup terkenal serata dunia.
Team Secret bermula dengan pasukan Dota 2 mereka dan terus menjadi antara pasukan paling kuat dalam Dota 2.
Semalam, Team Secret ada mengacah satu ciapan di Twitter mengucapkan apa khabar kepada MLBB.
Adakah mereka akan mengumumkan pasukan Team Secret MLBB?
sup @MobileLegendsOL pic.twitter.com/cKVpSzQilt
— Team Secret (@teamsecret) January 15, 2023
Awal tahun lepas,Team Secret pernah mengacah pasukan MLBB mereka namun tiada apa-apa pengumuman rasmi dibuat selepas itu.
View this post on Instagram
Mungkin kali ini Team Secret sudah bersedia untuk bertempur di Land of Dawn.