Team Secret singkirkan Crazy Racoon

Satu lagi peluang untuk Team Secret mara ke pusingan Suku Akhir VALORANT Champions 2021 selepas menewaskan pasukan Crazy Racoon dengan keputusan 2-0.

Split menjadi pilihan Crazy Racoon sebagai peta pertama. Team Secret hanya mempamerkan kekuasaan mereka dengan mengawal keseluruhan perlawanan di kedua-dua separuh masa sebelum tewaskan wakil Jepun itu dengan 13-5.

Team Secret kekalkan momentum mereka ke atas Crazy racoon dengan terus menguasai peta Haven. Crazy Racoon hanya berpeluang mengumpul dua mata sebelum Team Secret singkirkan mereka dengan keputusan 2-13.

Namun, Team Secret masih perlu berdepan Team Vikings yang ditewaskan oleh Gambit, pada Rabu ini pada pukul 1.00 pagi MYT, untuk mara ke pusingan Suku Akhir. 

Jadi jangan lepaskan peluang untuk saksikan perlawanan pasukan kegemaran anda sepanjang VALORANT Champions 2021 di saluran rasmi mereka di Trovo, YouTube dan Twitch. 

Sumber: VALORANT Esports

RELATED NEWS

+