Team SMG berkolaborasi bersama jenama sukan, Under Armour

Team SMG (Still Moving Under Gunfire) baru-baru ini mengumumkan kolaborasi bersama jenama Under Armour yang terkenal dengan pakaian-pakaian sesuai untuk atlet.

Kolaborasi setahun ini akan menaikkan lagi jenama Team SMG dan meletakkan mereka sebagai jenama gaya hidup untuk pemain-pemain game di Asia Tenggara.

Setakat ini, Team SMG mempunyai tiga pasukan di Asia Tenggara yang bertanding di platform peranti mudah alih seperti Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile di Malaysia. Kedua pasukan itu sedang bertanding di Liga Profesional musim keenam MLBB (MPL MY/SG) dan Liga Profesional PUBGM musim kedua (PMPL). Satu lagi pasukan adalah skuad VALORANT di Singapura.

Menerusi kolaborasi ini, pemain Team SMG akan menggayakan busana Under Armour. 

“Kolaborasi ini adalah satu pencapaian yang besar untuk kami di Team SMG.

“Under Armour dikenali dengan pakaian dan kelengkapan sukan dan kami teruja pemain kami menyarungkan jenama ini untuk bermain dalam keadaan selesa dan mengekalkan stail mereka,” kata Orrin Xu, Pengurus Besar Team SMG.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+