Ninjaboogie menyertai Team SMG, ganti Roddgeee

Baru-baru ini, komuniti Dota 2 digemparkan dengan khabar bahawa salah seorang pemain sokongan terbaik pasukan itu, Roddgee, dilepaskan oleh Team SMG. Roddgeee adalah antara pemain Dota 2 Malaysia yang terawal untuk mencecah 10K MMR di pelayan Asia Tenggara. Kini, pasukan itu mengumumkan pengganti untuk Roddgeee di Pos 5.

Pemain Filipina Michael Ross atau ninjaboogie kini akan bermain bersama Team SMG sebagai pemain Pos 5 pasukan itu.

Ninjaboogie adalah sebahagian daripada pasukan Team SMG semasa pasukan itu cuba untuk melayakkan diri untuk kejohanan Dota Pro Circuit 2021, namun, pasukan itu tidak berjaya selepas tewas beberapa kali. Dia kemudian mengundur diri selepas prestatsi pasukan yang tidak memberangsangkan itu.

Barisan pasukan Team SMG yang terkini adalah seperti berikut:

  • Zheng “MidOne” Yek Nai
  • Kam Bun “Moon” Seng
  • Ryan “Bimbo” Jay Kwai
  • Tew Sun “AhFu” Chuan
  • Michael “ninjaboogie” Ross

Semoga mantan pemain TI3 ini akan membawa kejayaan kepada Team SMG dalam kejohanan akan datang.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+