menarik penjualan musim akhir The Walking Dead dari semua pasaran digital."> menarik penjualan musim akhir The Walking Dead dari semua pasaran digital." /> menarik penjualan musim akhir The Walking Dead dari semua pasaran digital." />

Telltale Games Sedang Berunding Dengan Syarikat Lain, Siapkan The Walking Dead: The Final Season

Dua minggu lepas, MyGameOn telah melaporkan Telltale Games menggulung tikar secara besar-besaran dan meletakkan nasib The Walking Dead: The Final Season bagaikan telur di hujung tanduk sehinggakan studio ini menarik penjualan musim akhir The Walking Dead dari semua pasaran digital.

Sebelum ini, Telltale pernah mengeluarkan satu kenyataan rasmi bahawa syarikat ini sedang berunding dengan “beberapa syarikat berpotensi” untuk menyelesaikan dan melancarkan dua episod terakhir. Lebih-lebih lagi, syarikat terkenal dengan game berepisodik memecat hampir 90% pekerja mereka secara mengejut tanpa sebarang pampasan diberikan sehari sebelum episod kedua musim terakhir The Walking Dead dilancarkan pada 24 September.

Menurut Kotaku, sumber terdekat memberitahu Telltale sedang memeterai satu kata sepakat untuk mengambil bekas pekerja Telltale yang berada di syarikat lain bagi menyiapkan episod ketiga dan keempat.

Laporan sama mengatakan episod ketiga sudah hampir siap dan tinggal beberapa pemeriksaan sebaik sahaja sebelum syarikat ini ditutup manakala kerja-kerja pembangunan bagi episod keempat baru sahaja bermula.

Secara idealnya, Telltale mahu mengambil pasukan The Walking Dead yang sama dengan mengambil mereka atas dasar kontrak bagi menyiapkan episod dua terakhir The Walking Dead.

Di samping itu, Telltale juga sedang memeterai perjanjian antara syarikat lain untuk dapatkan dana untuk pembangunan Telltale sendiri dan bukan menggunakan dana tambahan untuk membayar pampasan kepada bekas pekerja Telltale. Namun, ini menyumbang kepada satu komplikasi besar kerana kebanyakkan bekas pekerja Telltale masih lagi sedang berusaha untuk mencari pekerjaan baru.

Episod ketiga The Walking Dead: The Final Season dijangka akan dilancarkan pada 16 November manakala episod keempat dan terakhir pula akan dilancarkan pada 18 Disember.

RELATED NEWS

+