Telltale Games secara tiba-tiba menimbulkan kerisauan ramai peminat terhadap pembangunan The Walking Dead: The Final Season yang kini terbantut di episod kedua."> Telltale Games secara tiba-tiba menimbulkan kerisauan ramai peminat terhadap pembangunan The Walking Dead: The Final Season yang kini terbantut di episod kedua." /> Telltale Games secara tiba-tiba menimbulkan kerisauan ramai peminat terhadap pembangunan The Walking Dead: The Final Season yang kini terbantut di episod kedua." />

The Walking Dead: The Final Season Bakal Melancarkan Episod 3 Pada Januari 2019

Penutupan Telltale Games secara tiba-tiba menimbulkan kerisauan ramai peminat terhadap pembangunan The Walking Dead: The Final Season yang kini terbantut di episod kedua.

Masalah kewangan Telltale turut memaksa syarikat ini untuk menarik beberapa game mereka keluar daripada stor digital atas talian seperti Steam, Humble Bundle dan GOG.

Namun, harapan cerah untuk menghabiskan keseluruhan game zombi ini muncul kembali apabila Skybound Games mengambil semula proses pembangunan sehinggalah ke episod terakhir.

Kini, Skybound telah mengumumkan episod ketiga berjudul Broken Toys yang akan dilancarkan pada Januari 2019.

Episod ini akan menghidupkan kembali kisah Clementine yang harus melangsungkan hidup walaupun diuji oleh pelbagai dugaan dari kelompok manusia dan juga zombi sejak dari permulaan The Walking Dead pertama. Musim terakhir The Walking Dead memperlihatkan Clementine kini menjadi penjaga dan pembimbing AJ dalam dunia pasca apokalips ini.

Baca lanjut: Review – The Walking Dead: The Final Season Memberi Pilihan Kepada Korang Untuk Menghasilkan Finale Gempak

Kira-kira 40 pembangun asal The Walking Dead dari Telltale diserap masuk ke dalam Skybound untuk mengekalkan cara permainan dan idea kreatif yang sama sehingga ke pembangunan episod ke-4. 

Episod ketiga The Walking Dead: The Final Season, Broken Toys dilancarkan pada 15 Januari 2019 di PC, PS4, Xbox One dan Nintendo Switch.

RELATED NEWS

+