Tencent guna imbasan wajah bagi menyekat pemain muda main game sampai pagi

Tencent mengumumkan penggunaan sistem imbasan wajah untuk menghalang kanak-kanak dan remaja daripada bermain permainan video secara berlebihan. 

Tindakan ini adalah selepas kerajaan China meluluskan akta anti-ketagihan, termasuk peraturan menghalang mereka yang berusia bawah 18 tahun untuk bermain permainan video.

Perisian dilancarkan pada awal minggu ini dan menghubungkan data yang dikumpul di sistem sekuriti awam sentral di China. Ia akan memantau pemain yang menghabiskan masa bermain permainan video pada waktu malam. Perisian ini akan aktif bermula 10.00 malam hingga 8.00 pagi. 

Tencent melancarkan ciri-ciri imbasan wajah ini pada lebih 60 permainan video mereka, termasuk ‘Honor of Kings’ dan ‘Game for Peace’. Syarikat itu juga bercadang untuk memasukkan ciri itu di dalam permainan lain pada masa akan datang. 

Perisian imbasan wajah ini diperkenalkan untuk mengawal ketagihan permainan video terhadap kanak-kanak bawah umur dan merupakan tindak balas terus daripada kerajaan China, dalam melarang kanak-kanak bermain permainan video pada lewat malam.

Disebabkan ia berhubung dengan pusat data keselamatan awam negara dan Tencent yang memerlukan pendaftaran menggunakan nama dan ID kerajaan asal pengguna, jadi maklumat imbasan wajah itu akan berhubung dengan data itu. 

Hal ini menimbulkan persoalan oleh pemain-pemain muda dan kredit sosial mereka di dalam negara, sama ada generasi muda akn mendapat kredit yang rendah kerana tabiat mereka yang bermain permainan video.

Kesan masa panjang perlaksanaan sistem imbas wajah ini masih belum kelihatan. Adakah ini akan menghalang terus terus pemain muda di China bermain permainan video, hanya masa akan menentukannya. 

RELATED NEWS

+