TenZ ‘menyampah’ dengan Astra, dikatakan permainan mungkin lebih baik tanpanya

TenZ adalah salah sorang pemain profesional VALORANT yang paling handal dalam arena kompetitif VALORANT global buat masa ini.

Gaya permainan uniknya serta ketangkasannya menjadikan Tyson Ngo pemain berbisa di mana-mana peta sahaja, impaknya pasti terasa apabila pasukan Sentinels bermain.

Namun, seorang pemain handal pasti ada kelemahannya tersendiri dan untuk TenZ, kelemahannya adalah watak VALORANT yang bernama Astra.

“Saya benci Astra, dunia akan aman jika mereka mengeluarkan Astra daripada VALORANT,” kata TenZ.

Dia juga mempunyai alasan untuk perasaan ini. Menurutnya, “Anda boleh mempunyai kehadiran global atau memegang solo, bayangkan mempunyai 4 kebolehan dan menggunakan kesemuanya serentak.”

Astra adalah watak yang sangat kuat jika pemain mahir menggunakan keempat-empat kelebihannya. Watak ini juga dilaporkan mempunyai kadar kemenangan sebanyak 92%, yang menjadikannya antara watak paling berharga dalam permainan.

Sumber rujukan: Sports Rush

RELATED NEWS

+