“Terima kasih kepada ‘haters’ kami, tanpa anda semua kami tidak akan mampu bangkit,” – Gol D Luq

Perlawanan antara Team SMG menentang Team Lunatix pada hari ini menentukan nasib Team SMG akan bermain di upper bracket.

Mereka harus memenangi dua perlawanan untuk memintas mata yang dimiliki oleh Team Haq dan juga Team RSG MY.

Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila tewas 1-2 hari ini sekali gus gagal ke upper bracket playoffs.

Di perlawanan pertama, Team SMG mendapatkan objektif serta mengawal peta dengan permainan yang begitu berdisiplin.

Walaupun mereka ada membuat kesilapan namun mereka berjaya mendapatkan kemenangan di perlawanan pertama.

Perlawanan kedua diteruskan, Team SMG gagal mendapatkan kemenangan oleh kerana kesilapan yang dilakukan menyebabkan Team Lunatix berjaya melakukan comeback.

Team Lunatix sekali lagi berjaya menyekat Team SMG dari mendapakan kemenangan di perlawanan ketiga dengan penggunaan Lancelot oleh Eyymal yang terlalu hebat untuk dikawal oleh Team SMG.

Di dalam temubual kemenangan sebentar tadi, Gol D Luq menyatakan dia sangat bersyukur dengan peminat yang tidak berhenti memberikan sokongan.

“Untuk peminat, saya ingin cakap terima kasih sangat-sangat dan untuk haters, terima kasih banyak-banyak kerana tanpa anda semua, kami tidak akan bangun,” ujar Gol D Luq.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+