Pasukan The Valley yang dianggotai oleh tiga bekas pemain Blood Thirsty King (BTK), MobaZane, FwydChickn dan Shark kini layak ke kejohanan dunia MLBB, M4 bersama dua lagi pemain baru iaitu Hoon dan Basic.
Apa yang menariknya, mereka layak selepas menunjukkan dominasi ke atas pasukan The Simpson di NACT Musim Luruh – Perjalanan ke M4 dengan skor 4-1 di grand final.
Ini juga menunjukkan bekas pemain BTK ini sememangnya mahu meneruskan impian mereka untuk memberikan saingan hebat kepada negara-negara MPL.
View this post on Instagram
M4 akan diadakan pada 1 Januari hingga 15 Januari depan di Jakarta, Indonesia, mempertandingkan 16 pasukan terbaik MLBB dengan hadiah terkumpul AS$800,000 (RM3.78 juta).