Diablo Immortal membawakan kemaskini besar pada 28 September ini

Diablo Immortal nampaknya akan memperkenalkan kemaskini yang besar pada 28 September ini.

Dalam kemaskini ini, mereka akan bawakan Dungeon baharu dan sambungan untuk tugasan bagi plot Silent Monastery. Difahamkan, dungeon baharu ini lebih gelap dan tugas anda adalah mencari sumber cahaya untuk menyalakan setiap genap ruang.

   

Castle Cyrangar pula adalah kubu baharu yang menggantikan Warband Camps dan menawarkan ciri permainan baharu. Dalam Purge the Depths, pemain boleh mendapatkan kuasa individual untuk memiliki Remnants yang boleh diletakkan di Warband Rooms bagi memberikan buff kepada anda.

Dalam Defense of Cyrangar pula anda perlu bekerjasama dengan Warband anda untuk mendapatkan ganjaran tambahan menghalang kemaraan syaitan. Anda juga berpeluang dapat cari Ancestral Weapons.

Nantikan lain-lain kemaskini yang akan hadir juga di Battle Pass Musim Kelima: Scions of the Storm pada 29 September ini.

Bos kelima Helliquary, Izilech the Misshapen akan menemui pemain pada 2 Oktober ini.

Semak semua kemaskini yang akan hadir di laman blog ini.

RELATED NEWS

+