Tiada lagi Yoodo Gank

Yoodo hari ini mengumumkan pengakhiran kepada usahasama bersama Gank di bawah Wulf Esports.

“Yoodo Gank mencipta nama dalam kalangan gamer dan memenangi hati ramai peminat sepanjang tempoh itu.

“Di kala kami meneruskan perjuangan sebagai satu pasukan, saya ingin mengatakan bahawa kami amat berterima kasih kepada para penyokong seperti Yoodo yang sudah menaruh harapan tinggi kepada kami.

“Sokongan berterusan dari mereka adalah amat bernilai bagi perkembangan pasukan. Kami berharap untuk terus mengharumkan nama negara dalam arena e-sukan,” kata Kevin Wong, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Wolf Esports.

Sebagai perkhidmatan mudah alih digital sepenuhnya yang boleh diubahsuai, Yoodo kali pertama memberikan sokongan kepada pasukan PUBG Mobile itu ketika mereka menjuarai Kejohanan Kebangsaan (PMNC) 2018.

Selama tiga tahun bersama, pasukan Yoodo Gank berjaya menjadi yang terbaik di Malaysia, mengguguli kejuaraan seperti PMNC 2018, Selangor Cyber Cup 2019 dan menjadi juara PMPL SEA tahun lalu.

Sokongan Yoodo juga membantu skuad itu memperluaskan pengaruh melalui komuniti e-sukan Yoodo dan pelbagai inisiatif pemasaran yang mengukuhkan lagi jenama mereka.

Yoodo Gank juga pernah memenangi anugerah Malaysia Book of Records.

Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo menzahirkan ucapan selamat kepada pasukan Gank ketika mereka meneruskan langkah dengan halatuju baharu. “Setelah hampir tiga tahun berkembang dan mencipta kemenangan bersama, kini tiba masanya untuk Yoodo dan Gank untuk meneruskan perjuangan mengikut arah tuju pilihan masing-masing.

“Kami berbangga dengan pencapaian bersama dalam tahun-tahun yang lalu termasuklah kemenangan bersejarah di PMPL SEA pada tahun 2020. Yoodo kekal komited untuk menyokong komuniti esukan dan kami akan terus bersorak untuk pasukan Gank biarpun dari jauh,” kata beliau.

Beliau juga menambah bahawa pengumuman pasukan Yoodo Gank antara antara langkah terawal bagi Yoodo dalam dunia e-sukan dan sejak dari itu, Yoodo telah berkembang menjadi satu kuasa besar dalam segmen gaming melalui pelbagai inisiatif – salah satu contoh adalah sokongan peminat terhadap Yoodo Gank.

“Yoodo kekal komited dalam mengembangkan dan menyokong komuniti e-sukan tempatan. Teruskan bersama kami untuk lebih banyak lagi pengumuman yang menarik tahun ini,” kata Tuck Mun.

Yoodo Gank, atau dahulunya dikenali sebagai Gank.fty adalah sebuah pasukan yang sedang meningkat naik apabila pertama kali disorot oleh Yoodo pada tahun 2018.

Pasukan itu terkenal dalam kalangan gamer dan peminat gaming kerana kemahiran tinggi dalam gaming serta sikap merendah diri mereka. Aiman Amirul, atau lebih dikenali denga nama dalam game (In Game Name, IGN) sebagai Manparang, merupakan ketua pasukan Gank dan beliau adalah seorang pemain PUBG yang tekenal bukan sahaja dalam negara, malahan di peringkat rantau juga.

“Kami amat teruja untuk terus berkembang sepanjang tahun-tahun yang lalu dan ingin melihat bagaimana kami dapat mengharumkan lagi nama negara apabila kami meneruskan langkah ke hadapan sebagai satu pasukan.

“Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yoodo kerana sentiasa bersama kami mengharungi pahit dan manis perjuangan sepanjang tahun tiga tahun yang lalu, dan mengucapkan selamat maju jaya dalam usaha mereka membawakan yang terbaik kepada gamers melalui inisiatif-inisiatif yang berterusan,” kata Manparang.

RELATED NEWS

+