[TIDAK RASMI] The Last Of Us Part II Mungkin Akan Diumumkan Bersama PlayStation 5?

Ada ura-ura baru mengatakan visual The Last of Us Part II lebih dahsyat dan mengagumkan bagi persiapan untuk dikeluarkan di PlayStation 5 dan Sony akan menggunakan permainan video ini bagi menunjukkan kebolehan konsol generasi baru mereka.

Laporan itu mengatakan permainan video Naughty Dog itu akan ditambah baik visual dan pencahayaan berbanding edisi pertama. Seperti kita tahu, pembangun ini sangat terkenal dengan pembikinan grafik dan penceritaan yang menarik dan sudah pasti sekuel ini akan bertambah baik berbanding dulu. 

Ura-ura ini juga menyebut yang pengalihan dari potongan babak (cutscenes) sinematik kepada gameplay lebih lancar dan anda akan merasakan berada dalam babak cutscenes tapi sebenarnya ia adalah gameplay. Malah, grafiknya dikatakan empat kali ganda lebih baik dari Uncharted’s Lost Legacy.

Ramai yang mengatakan TLOUII ini akan dilancarkan di PlayStation 5 jadi kesemua ura-ura ini mungkin dilihat tidak mustahil kerana konsol generasi baru itu pasti membawakan penambahbaikan dari segi visual, pencahayaan dan macam-macam lagi untuk permainan dikhususkan di pelantar itu.

Bagaimanapun, sekuel ini turut akan diumumkan untuk PS4.

Baca posting asal di Reddit.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+