Tiga pemain Todak positif COVID-19, main MPL secara ‘online’

Todak hari ini melaporkan tiga pemain mereka disahkan positif COVID-19 jadi perlawanan mereka di Liga Profesional MLBB (MPL) MY musim kesembilan perlu dimainkan secara dalam talian dan bukannya di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by TODAK MOBILE LEGEND (@todakmlbb)

Walaupun hanya tiga pemain positif namun yang lain adalah kontak rapat jadi mereka perlu kuarantin selama tujuh hari di gaming house mengikut SOP yang ditetapkan.

Mereka juga harap peminat sentiasa memberikan sokongan dan mendoakan yang terbaik.

Mengikut jadual yang dikeluarkan MPL MY, Todak akan berlawan RSG MY pada jam 5 petang esok dan Red Esports pada jam 5 petang Sabtu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Semoga semua pemain Todak kembali pulih dan sembuh seperti sediakala. Insya-Allah.

RELATED NEWS

+