Tiga peta Battlefield 2042 diperlihatkan EA

Menghampiri tarikh pelancaran Battlefield 2024, Electronic Arts baru-baru ini memperlihatkan tiga peta baharu melalui sebuah sedutan terbaru mereka. Melalui peta baharu itu, mereka menjanjikan pengalaman yang unik buat para pemain.

Antara peta yang diperlihatkan ialah Renewal, Breakaway dan Discarded. 

Renewal adalah peta berlatarkan padang pasir Mesir dengan stesen janakuasa solar dan sebuah fasiliti kajian yang subur.

Breakaway pula peta berlatarkan Antartika dengan sebuah platform pinggir laut di lautan beku, serta sebuah tempat tinggi yang terletak di atas medan perang itu iaitu sebuah Outlook Station.

Manakala peta ketiga, Discarded, berlatarkan sebuah kampung di pantai barat India yang yang ditenggelami banjir serta sebuah badan kapal karam dan sebuah kapal besar. Peta ini juga menyertakan keadaan cuaca yang sukar dijangka yang memberi cabaran dalam permainan. 

Dengan perkenalan tiga peta ini, ia menjadikan Battlefield 2042 kini mempunyai 7 peta secara keseluruhan. Bahkan pihak EA juga menyatakan lebih banyak peta yang akan tiba melalui kemaskini akan datang. 

Battlefield 2042 dijadualkan akan dilancarkan pada 19 November ini untuk platform Xbox Series X|S, Xbox One, PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC.

Sumber: PC Gamer.

RELATED NEWS

+