permainan yang paling teruk di Steam tahun lepas."> permainan yang paling teruk di Steam tahun lepas." /> permainan yang paling teruk di Steam tahun lepas." />

EA dan DICE kini ingin menutup subreddit Battlefield 2042 demi menyorokkan isu dan masalah permainan itu

Battlefield 2042 mengalami kritikan hebat sejak ia mula dilancarkan pada bulan November dan dikatakan antara permainan yang paling teruk di Steam tahun lepas.

Peminat seluruh dunia menggunakan media sosial untuk menyuarakan kekecewaan mereka tentang Battlefield 2042 demi meminta pembangun memperbaiki keadaan permainan ini. Malah, penulis juga turut kecewa dengan permainan ini.

Pengarah komunikasi global EA, Andy McNamara menghantar satu siri kicauan di Twitter yang dipadamkan yang menjelaskan bahawa, meskipun beliau memahami kebimbangan peminat, pembangun memerlukan masa untuk berehat.

Beliau juga berkata bahawa jangkaan peminat untuk Battlefiled 2042 adalah melampau dan ciri itu mengambil masa untuk ‘skop, reka bentuk dan dilaksanakan.’

Kicauan ini, serta keadaan permainan menyebabkan moderator subreddit Battlefield 2042 mengancam pengguna dengan penutupan keseluruhan subreddit.

Ini berlaku selepas sejumlah besar pengguna toksik membanjiri subreddit berikutan kicauan McNamara.

Ringkasnya, moderator menawarkan tiga pilihan kepada pengguna: jika toksik dikurangkan, tiada apa yang berlaku; jika ia berterusan, bebenang akan ditutup awal untuk mengurangkan komen toksik; dan jika ia menjadi lebih teruk, subreddit akan dikunci sepenuhnya.

Masalah ini nampaknya berlarutan sejak pelancaran permainan yang tidak mencapai jangkaan peminat. Malah, ia juga kelihatan seperti tidak akan selesai selagi masalah-masalah tidak dibetulkan dalam permainan itu.

EA dan DICE juga sudah memperbaiki beberapa aspek permainan pada hujung tahun lepas, tetapi ia mungkin tidak menyelesaikan masalah yang lebih kritikal yang dihadapi pemain.

Sumber rujukan: Reddit

RELATED NEWS

+