Mykhailo Federov, Timbalan Perdana Menteri Ukraine mengeluarkan kenyataan untuk semua syarikat pembangun permainan video dan organisasi e-sukan untuk menghalang Rusia dan pemain Belarus dari menyertai mana-mana acara.
You are definitely aware of what is happening in Ukraine right now. Russia declare war not for Ukraine but for all civilized world. If you support human values, you should live the Russian market! pic.twitter.com/tnQr13BsSv
— Mykhailo Fedorov (@FedorovMykhailo) March 2, 2022
Rayuan ini adalah berikutan pencerobohan Rusia ke Ukraine yang bermula 24 Februari lepas.
Sejak itu banyak organisasi di seluruh dunia juga mengeluarkan kenyataan sekatan kepada organisasi dari Rusia.
“Seluruh dunia kini menolak penceroboh dan sekatan ini akan membuat mereka mengalami kerugian. Tetapi kami perlukan sokongan anda,” tambah Fedorov.
Fedorov percaya hal ini dapat menjadi ‘motivasi’ untuk rakyat Rusia secara proaktif memberhentikan pencerobohan ketenteraan ini.