Perlawanan upper bracket final MPL MY musim ke-10 terus dimulakan dengan perlawanan pasukan Todak menentang Orange Esports.
Pasukan Todak berjaya mendapatkan kemenangan di permainan pertama dan kedua dengan penggunaan Valentina yang sangat hebat oleh Ciku.
Permainan ketiga diteruskan dan pasukan Todak hanya perlu mendapatkan 1 kemenangan lagi untuk layak ke peringkat akhir MPL MY musim ke-10.
Todak sekali lagi menggunakan draft Minotaur untuk bermain di midlane. Strategi itu sekali lagi berkesan di minit awal permainan, mereka berjaya mendapatkan objektif.
Namun begitu, Orange Esports bertahan dan menunggu power spike mereka muncul dan akhirnya berjaya melakukan comeback dan mendapatkan kemenangan.
Kedua-dua pasukan meneruskan perlawanan keempat dan pasukan Todak berjaya membuktikan mereka adalah pasukan yang layak ke Kejohanan Dunia M4 selepas berjaya mengawal disiplin untuk menewaskan Orange Esports.
Tahniah pasukan Todak, mereka adalah pasukan pertama yang akan ke Jakarta untuk mewakili Malaysia.
Manakala pasukan Orange Esports akan menunggu pemenang di antara perlawanan pasukan RSG MY dan Team Haq.
Foto: MOONTON Games