Todak menang lagi..

Todak menunjukkan mereka pasukan lebih kuat hari ini selepas menewaskan Geek Fam dengan kemenangan mudah 2-0.

Di minggu kelima Liga Profesional MLBB (MPL) MY S9, ini adalah perlawanan yang sangat penting untuk Geek Fam kumpul mata bagi melayakkan diri ke playoffs.

Dalam perlawanan pertama, Todak sangat selesa menggunakan lineup yang terdiri daripada Miya manakala empat lagi pemain bekerjasama dan sentiasa roaming. Miya hanya digunakan untuk push tower dan menyertai perlawanan pada minit akhir saja.

Di game kedua pula, Todak juga tak ketinggalan dengan draft meta terkini iaitu Franco dimainkan Moon. Mereka juga mengembalikn hero Jungler bukan ortodoks seperti Lunox.

Dalam masa kurang 10 minit mereka sudah menjatuhkan kesemua tower Geek Fam.

Lord diambil pada minit ke-10 sekali gus memberikan kelebihan kepada Todak. 

RELATED NEWS

+