“Jangan hanya pandang Blacklist dan tak beri perhatian kepada Occupy Thrones” – Laphel

Pengulas Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY), Laphel yakin bahawa Todak akan layak ke pusingan kalah mati di Mobile Legends: Southeast Asia Cup (MSC) 2023.

Laphel memberitahu kepada MyGameOn bahawa Todak tidak boleh memandang rendah kepada Occupy Thrones dan hanya fokus kepada Blacklist International.

“Kita jangan buat kesilapan yang bahaya di mana kita hanya pandang pada Blacklist (International) dan tidak memberi perhatian kepada Occupy Thrones,” ujar Laphel.

Menurut beliau, kebanyakan pasukan di dunia semakin bertambah baik dan berbahaya daripada dahulu selepas melihat daripada prestasi di M4 dan Sukan SEA.

Tambah Laphel, Todak mempunyai mentaliti di mana mereka menggangap bahawa semua perlawanan adalah Best of One.

Ia merupakan satu mentaliti yang baik untuk Todak bagi menghadapi saingan di dalam kumpulan ini.

“Lawan dengan Blacklist (International), saya rasa kita ada peluang yang bagus sebab gaya (permainan) mereka dah ramai orang nampak,” menurut Laphel.

Apabila ditanyakan mengenai Occupy Thrones, dia merasakan bahawa ia sangat penting untuk menguasai kedua-dua lane terutama sekali EXP lane.

Ini kerana, jika EXP lane berjaya dimenangi Todak, sudah semestinya mereka akan dapat menguasai map dan memberi tekanan kepada pasukan lawan.

Todak akan bersaing dengan Blacklist International daripada wilayah Filipina (PH) dan Occupy Thrones daripada wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) di Kumpulan D.

Ramai menantikan corak permainan Todak dibawah pengendali baharu iaitu Moyy serta Ashi yang akan menjadi staf kejurulatihan juara MPL MY itu.

Todak akan membawa enam pemain iaitu CikuGais, Momo, Rival, Moon dan Yums serta membawa Flint sebagai pemain simpanan.

RELATED NEWS

+