Horizon: Forbidden West akan tiba Februari 2022

Pengarah Horizon: Forbidden West, Mathijs de Jonge mengesahkan bahawa sekuel itu akan tiba di PS4/PS5 pada 18 Februari 2022.

Sebelum ini mereka menyatakan permainan ini akan dilancarkan pada musim cuti 2021, namun terdapat ura-ura yang menyatakan ianya akan ditangguh sehingga tahun depan.

de Jonge mengesahkan permainan video ini ditangguh sehingga 2022 demi mengutamakan kesihatan dan keseimbangan hidup pasukan Guerilla Team yang membangunkan Forbidden West sepanjang pandemik 2020 sehingga kini.

Pra-tempah bagi Horizon: Forbidden West akan bermula pada 2 September 2021. Selain itu, mereka juga mengumumkan Horizon Zero Dawn akan menerima sokongan 4K 60FPS untuk platform PS5.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+