Treler filem Uncharted ditayangkan, misai ikonik Sully kelihatan

Siri permainan Uncharted adalah salah satu permainan yang memperkukuh barisan permainan ekslusif Sony sejak era PlayStation 3.

Malah, permainan Uncharted ini pernah mendapat skor 21/20 di PlayStation Magazine yang menunjukkan betapa hebatnya permainan ini sehingga sebuah filem kini dihasilkan berdasarkan permainan itu.

Kini, video treler terbaharu ditayangkan.

Filem lakonan Tom Holland dan Mark Wahlberg ini menunjukan pengembaraan Nathan Drake dan Sully mencari harta karun yang tersorok sambil melawan musuh-musuh mereka.

Selain Holland dan Wahlberg, ia dibintangi oleh Sophia Ali, Tati Gabrielle, dan Antonio Banderas.

Sony juga mengusahakan filem itu selama lebih sedekad, dengan banyak penulis, pengarah dan pelakon yang berbeza datang dan berhenti selama bertahun-tahun. juga baru-baru ini mengeluarkan poster baharu untuk filem Uncharted yang akan datang.

Sumber: Twitter

 

RELATED NEWS

+