Twitch memperlihatkan peningkatan penonton 23% bagi Julai

Menurut Rainmaker.gg, rakan kongsi analitikal StreamElements, menyatakan orang ramai meluangkan masa sejumlah 1.75 bilion jam menonton video di Twitch pada bulan lalu.

Menurut laporan State of Stream daripada StreamElements, yang disekalikan analisa Rainmaker.gg, keseluruhan masa tontonan di Twitch bagi Julai lepas meningkat sehingga 23%.

Di samping itu, dalam laporan yang sama, jumlah masa tontonan Facebook Gaming juga mencapai satu rekod iaitu 522 juta masa tontonan dalam tempoh yang sama.

Bagi platform Twitch, GTA V masih kekal menjadi permainan yang paling ramai ditonton meskipun jumlah penonton 139 juta jam, menurun sebanyak 17% sejak beberapa bulan lalu.

Manakala, kategori ‘Just Chatting’ masih kekal sebagai kategori yang paling popular dengan 234 juta jam.

“Kebanyakan kategori bukan permainan di Twitch juga memperlihatkan peningkatan yang signifikan tahun ini dan jauh lebih tinggi berbanding ketika pra-pandemik, walaupun pada musim panas.”

Sumber: GamesIndustry.biz

RELATED NEWS

+