Tyler1 mahu berhenti main League of Legends

Nampaknya Tyler “Tyler1” Steinkamp sendiri pun sudah penat dengan League of Legends yang kian menjadi sangat toksik (penuh dengan pemain kurang beradab).

Tyler1 adalah salah seorang streamer besar League of Legends yang dapat banyak reputasi dari masa yang lama dan sangat berdedikasi untuk bermain League of Legends sebaik mungkin.

Beliau baru berusia 26 tahun dan sudah menjadi jutawan.

Dengan 4.7 juta pengikut di Twitch dan hasil bulanan AS$200,000 sebulan atau RM800,000.

Tyler1 admits wanting to quit League because of the toxicity 1

Dalam temubual bersama The Washington Post, Tyler1 memberitahu desas desus untuk berhenti menjadi streamer.

Tyler1 juga mahu pencen dan meninggalkan League of Directors kerana League menjadi sangat toksik.

“Saya membuat stream setiap hari, lebih dari 10 jam sehari. Banyak kontrak saya memerlukan saya langsungkan stream sebanyak 200 jam sebulan. Jika saya mengambil cuti walaupun sehari, ramai peminat akan mengatakan “Awak dimana? Mengapa awak sanggup tidak stream?”

“Malah League juga menjadi lebih buruk dan toksik menyebabkan saya kepenatan, terutamanya dari segi mental,”

Tyler1 sentiasa sedar bahawa gaya hidup Twitch beliau ditambah lagi dengan 200 jam sebulan akan membawa masalah kepada dirinya.

RELATED NEWS

+