UFL Permainan Video Bolasepak Free to Play – Saingan FIFA dan eFootball

UFL baru-baru ini diumumkan di Gamescom dari Strikersz Inc.

UFL berjaya menarik perhatian bukan disebabkan gameplay tetapi apa yang permainan video ini mahu buat.

Mereka mahu menjadi persaingan untuk FIFA dan eFootball yang sudah lama mendominasi permainan video bola sepak.

Permainan video bolasepak ini juga adalah free-to-play. Malah menggunakan Unreal Engine permainan video ini sangat cantik untuk dilihat.

Setakat ini masih belum ada apa-apa video gameplay UFL, tetapi apa yang kita tahu UFL berkemungkinan besar akan menjadi lawan baru untuk FIFA dan eFootball.

UFL akan dilancarkan pada masa akan datang untuk semua pelantar konsol besar dan masih belum ada apa-apa maklumat mengenai pelantar PC atau Switch.

RELATED NEWS

+