UiTM Prodigy juara ACS Edu Tour musim pertama, bawa pulang RM5,000

Pasukan UiTM Prodigy bergelar juara bagi kejohanan ACS EDU Tour musim pertama yang diadakan pada 19 dan 20 Ogos lalu. Pertandingan selama dua hari itu mengumpulkan 12 pasukan yang bertanding pada musim liga (selama empat minggu) dari enam universiti – Sunway University, Asia Pasific University (APU), TAR UMT, Monash University, UiTM dan Taylor’s University.

Sebagai juara, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000. Di bawah adalah senarai pemenang bagi kejohanan ini:

Juara: UiTM Prodigy – RM5,000

Naib juara: UiTM All Stars – RM3,000

Tempat ketiga: Taylor’s Elite  – RM2,000

MVP: Destroyer / UiTM Prodigy

Pada peringkat awal, UiTM Prodigy ditewaskan oleh UiTM All Stars sebelum bertemu kembali dalam format best of 5 Grand Final dengan kemenangan bersih 3-0. 

Mereka juga berasa bangga dapat mewakili UiTM dan memenangi kejohanan itu. Selain itu, Paradigm Mall dimeriahkan lagi dengan adanya Emarque yang menawarkan sesi permainan percuma menggunakan setup PC yang berkuasa.

Tidak dilupakan Kelab Street Dance Monash yang membuat persembahan pada hari pertama.

Kejohanan ini adalah hasil kerjasama CRIT Esports dengan ZTE, Fly FM, Marigold dan lain-lain. Sementara itu, CRIT Esports juga menjanjikan musim kedua yang akan bermula pada Oktober.

RELATED NEWS

+