Kemasukan organisasi e-sukan luar ke negara kita sememangnya akan meningkatkan lagi pertumbuhan industri e-sukan tempatan.
Menerusi sebuah hantaran Facebook Andrew Chen, bekas Pengurus Besar EVOS SG/MY itu mengumumkan ketibaan organisasi e-sukan Brunei di Malaysia.
Selepas hampir dua tahun bersama organisasi EVOS SG/MY, dia akan memulakan perjalanan barunya bersama CRIT Esports.
Kini, dia akan memegang jawatan Pengurus Negara untuk organisasi itu.
Persoalannya, dalam divisi permainan manakah yang akan diceburi oleh organisasi itu? Sama-sama kita nantikan.
Semoga berjaya Andrew!
Foto: Facebook Andrew