Ura-ura: Bully 2 kini dalam pembangunan

Walaupun berita mengenai kewujudan Bully 2 masih lagi samar-samar, kali ini terdapat kemaskini baharu mengenai permainan itu. 

Tom Henderson, individu yang memainkan peranan sebagai ‘orang dalam’ industri, dia kini lebih yakin dengan berita mengenai perkembangan francais Bully, berbanding sebelum ini. 

Hal ini kerana, sumber menyatakan Bully 2 kini sedang dibangunkan.

Pada awalnya, Henderson merasakan permainan yang sedang dibangunkan adalah sebuah Definitive Edition, kerana dia tidak menemui atau diperlihatkan sebarang bukti kukuh sama ada ia adalah sekuel atau remaster. 

Namun, buat masa ini Henderson masih belum kongsikan sebarang perincian. 

Apa-apa pun, buat masa ini, peminat Bully hanya mengambil berita ini sekadar khabar angin sehingga pihak Rockstar sendiri yang umumkannya. 

Sumber: ComicBook

RELATED NEWS

+