Trailer Grand Theft Auto 6 akan datang Disember ini!

Rockstar Games mengumumkan trailer Grand Theft Auto 6 yang sangat dinanti-nantikan akan keluar Disember ini.

GTA 6 adalah francais terbaru dalam Grand Theft Auto setelah keluarnya GTA 5, 10 tahun dulu.

GTA 5 juga terjual sebanyak 185 juta unit dan menjadi permainan video kedua terlaris di dunia.

“Kami sangat teruja untuk mengeluarkan trailer pertama Grand Theft Auto seterusnya (GTA 6). Kami juga berharap kenangan ini dapat dikongsi untuk masa hadapan bersama,”

GTA 6 dikatakan akan mengambil tempat di Miami dan juga memperkenalkan karakter protagonis wanita.

Permainan video ini dilaporkan sudah dibina sejak tahun 2014 lagi.

RELATED NEWS

+