V33Wise disenaraikan di dalam senarai 100 individu paling hebat di Filipina

Siapa yang tidak kenal dengan duo terhebat dari Filipina iaitu V33Wise di dalam arena kompetitif MLBB.

Mereka berdua sudah merangkul banyak gelaran juara antaranya Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Filipina musim kelapan, kesembilan, pingat emas di acara Sukan SEA ke-31 dan juga juara Kejohanan Dunia M3.

Oleh kerana pencapaian mereka yang mengharumkan nama negara serta mengangkat tinggi negara Filipina di pentas dunia, majalah Esquire Filipina menyenaraikan V33Wise di dalam 100 orang paling hebat di Filipina.

“Kedua-dua mereka dianggap sebagai duo yang paling efektif dan menggerunkan di dalam sejarah e-sukan Filipina, membawa pasukan mereka memenangi beberapa kejohanan antarabangsa,” tulis ciapan itu.

Adakah pasukan Blacklist International akan sekali lagi membawa pulang gelaran juara untuk musim kesepuluh ini? Kita bakal saksikan.

Sumber rujukan dan foto: Afkgaming

RELATED NEWS

+