VALORANT Mobile berkemungkinan akan dilancarkan di Asia Tenggara dulu

Sebelum ini Riot Games pernah mengumumkan bahawa mereka sedang mencari pelantar baharu bagi mengembangkan permainan peranti mudah alih VALORANT Mobile. Ia berikutan permainan video tersebut hanya hadir di pelantar PC sebelum ini.

Menurut wawancara ONE Esports bersama General Manager Riot Games, Justin Hulog, “Dalam pelbagai pilihan, ianya masuk akal untuk melancarkan VALORANT Mobile pertama kali di Asia Tenggara. Namun begitu, ia ada tentangan unik dan jangkaan yang sangat tinggi tentang bagaimana prestasi permainan video ini di peringkat peranti mudah alih.”

Tambah beliau lagi, “VALORANT Mobile memiliki fokus yang sangat besar di Asia Tenggara, menandakan bahawa benua ini terkenal dengan slogan ‘Mobile First’, namun adakah perkara tersebut yang akan didahulukan adalah menjadi keputusan yang perlu kami pertimbangkan, salah satu perkara tersebut ialah kami perlu memikirkan cara untuk mengatasi bug yang wujud,” ujarnya.

Di sisi lain, Hulog juga percaya bahawa VALORANT Mobile akan dapat lebih menarik banyak pemain oleh kerana peranti mudah alih sangat mudah diakses di mana-mana. 

Akhir kata, beliau membuat kenyataan bahawa mereka telah berjaya meraih 14 juta pemain PC aktif pada tahun pertama. Klip video di bawah memaparkan serba sedikit corak permainan untuk VALORANT Mobile nanti.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+