VALORANT Patch 4.0 membawa perubahan ketara untuk senjata-senjata seperti Spectre dan Ares

Riot Games bakal menggegarkan meta permainan dengan pengenalan Neon kepada barisan watak VALORANT. Selain penambahan watak, Riot Games juga mengubah dan menyelaraskan senjata-senjata VALORANT agar ia lebih seimbang dalam permainan. Beberapa peta juga menerima perubahan besar kepada lokasi-lokasi penting.

Ini lah perubahan-perubahan ketara yang bakal hadir ke permainan VALORANT.

Knife

Menurut Riot Games, penggunaan pisau amat tidak konsisten dan menjadikannya sukar untuk digunakan. Kini ia menerima perubahan agar lebih mudah untuk menikam musuh.

  • Hitbox klik kanan pisau dibesarkan sebanyak 1.5x. Hitbox kiri juga dibesarkan lebih dari klik kanan dan jaraknya ditambah.
  • Sasaran yang hampir pada tanda silang atau crosshair akan terkena dahulu, jadi anda masih mempunyai ketepatan.

Spectre

Raja senjata dalam permainan run-and-gun. Senjata ini dibenci pemain jika seringkali digunakan untuk menembak sambil belari. Riot kini mengubah sedikit senjata ini.

  • Ralat tembakan (firing error) berlaku pada peringkat lebih awal
  • Recoil menegak dan mendatar ditambah dari nilai 1.25 ke 1.5 sewaktu berlari atau berlompat, atau bergantung di tali. Ini bermaksud senjata akan lebih terabur jika ditembak sewaktu bergerak.
  • Kiraan peluru yang dilindungi daripada recoil mendatar semasa menyembur diturunkan dari 8 ke 5 peluru.

Ares

Senjata LMG ini sering digunakan dalam lobi elo rendah. Namun, jangan dipandang rendah senjata ini, Riot memberikannya kelebihan agar ia sesuai digunakan dalam setiap lobi.

  • Spin-up dibuang, jadi ia akan menembak selaju mungkin sebaik sahaja senjata ditembak.
  • Kadar tembakan meningkat daripada 10 kepada 13

Guardian

Senjata pakar one-tap. Memandangkan senjata ini memerlukan kemahiran membidik yang tinggi, ia dibantu oleh Riot Games agar menjadi lebih berguna pada pemain yang hebat.

  • Penalti kadar tembakan dimansuhkan sewaktu ADS (Aiming Down Sight)
  • Lengkung pemulihan dilambatkan. Ini bermakna anda boleh menembak dengan tepat dengan lebih banyak das tembakan sebelum senjata hilang ketepatan.

Bulldog

Antara senjata terbaik untuk saat-saat terdesak, senjata ini ditingkatkan lagi stats nya agar ia lebih berguna.

  • Kadar menembak tanpa ADS meningkat dari 9.5 kepada 10
  • Pemulihan pada tembakan ADS semakin pantas dari 0.4 kepada 0.35

Perubahan Peta

Beberapa peta juga mendapat perubahan seperti Bind dan Breeze.

Bind

Untuk Bind, Riot memansuhkan kotak bertindan di hadapan teleporter kerana ia menjadi sukar untuk Attackers menembus ke tapak Spike lebih-lebih lagi jika ada one-way smoke.

Spawn juga diletakkan bangku untuk membantu Attackers mengambil ruang dan peluang untuk membidik Defenders.

Breeze

Breeze juga menerima perubahan. Laluan Cave ke Tapak A diluaskan dan 2 kotak bertindan diletakkan di Cave.

Tapak Spike A juga diluaskan berserta kolam agar Defenders lebih selesa untuk mendirikan pertahanan.

Tapak B menerima paling banyak perubahan. Pertama sekali, 2 kotak bertindan ditambah di hadapan Arches/McD, disebalik Pillar juga ditambah satu dinding serta satu kotak yang menjadi tempat lindungan dari Tunnel dan B Main.

Perubahan Kompetitif

Mulai kemas kini 4.0, akaun baru perlulah mencapai Level 20 sebelum dapat menceburi ke perlawanan kompetitif. Bagi yang belum capai Level 20 tetapi sudah bermain mod kompetitif, anda boleh meneruskan bermain mod itu.

Ini langkah Riot Games menentang gejala smurf serta memberi pemain baru lebih masa untuk mengenali peta-peta serta mekanik permainan dengan lebih arif.

Ini lah semua perubahan yang akan hadir pada 11 Januari bersama watak terbaru VALORANT, Neon.

RELATED NEWS

+